Monday 9 December 2013

Penggunaan Akar Kayu Sebagai Bahan Perubatan

Akar akar kayu juga digunakan sebagai bahan peubatan Melayu lama sebelum adanya ubat ubat moden.
Contoh contohnya akar tongkat ali, akan seruntun, akar bunga raya, akan melur, akar pokok mertajam
dan banyak lagi akar akar pokok hutan yang lain.
Akar akar ini akan dijadikan serbuk selepas dikeringkan atau diasah terus untuk mengambil patinya.
Serbuk tadi akan dibancuh  untuk melegakan batuk, cirit birit, deman dan sebagainya. sementara 
luka atau kudis, akar akar tadi akan diasah di batu, atau belakang pasu dan terus disapu pada luka atau terkena air panas. Para pengamal perubatan tradisional sekarang telah menggunakan capsule untuk memasukkan serbuk  bagi memudahkan pesakit memakan ubat tradisional.

Penggunaan tanaman herba oleh orang Melayu

Penggunaan Tanaman Herba 


Sejak dari dulu orang orang Melayu telah .menggunakan tanaman herba sebagai bahan perubatan dan sebagai ulam-ulaman. Pokok pokok herba ini tumbuh meliar atau di tanam di sekeliling rumah sebagai pokok
hiasan atau pokok pagaran disamping dimenafaatkan sebagai ulam.